Thursday 3 November 2011

" il Divin Codino " Roberto Baggio..

IL Divin Codino, The Divine Ponytail, kalau anda masih ingat lagi, gelaran-gelaran itu adalah pemilik kepada satu nama, ROBERTO BAGGIO...Dilahirkan di Caldogno di utara Vicenza, Italy pada tahun 1967. Baggio adalah salah seorang pemain bolasepak terunggul di era 90'an...Berikut adalah kisah penuh gemilang lagenda dan ikon Azzurri serta Serie A ini....



Baggio bermain di Kelab bandar kelahirannya Vicenza selama 3 tahun antara tahun 1982 hingga 1984. Selepas itu beliau berpindah ke Fiorentina(Viola) pada 1985, di Fiorentina beliau menunjukkan segala kemahiran mengelecek dan menjaringkan gol dengan larian-larian menarik serta sepakan percuma yang cantik. Beliau mendapat panggilan pertama mewakili Italy pada tahun 1988 selepas menjaringkan 24 gol dalam 40 perlawanan Serie A. Pada tahun berikutnya Baggio mula menjaringkan gol-gol yang menarik bersama Fiorentina.


Baggio mula dipancing oleh Juventus selepas baru berakhirnya Piala Dunia di Italy dengan yuran perpindahan yang mencatat rekod dunia ketika itu 7,700,000.00 pound. Fiorentina tidak mampu menghalang Baggio untuk
berpindah, susulan penjualan Baggio, seluruh peminat Viola mengadakan tunjuk perasaan selama 3 hari berturut-turut..


Ketika berada di Juventus, mutu permainan Baggio telah meningkat, Baggio telah memenangi kejuaraan Serie A, Piala Italy, Uefa Cup dan Pemain Terbaik Eropah dan Dunia pada tahun 1993/1994.. Itu lah detik terhebat dan terbaik dalam kerjaya penuh gemilang Baggio. Selepas itu Baggio berpindah ke AC Milan pada 1995-1997, selepas itu ke Bologna 1997-1998, seterusnya ke Inter Milan 1998-2000 dan mengakhiri karier di kelab kerdil Brescia 2000-2004.


Begitulah secara ringkas yang dapat aku huraikan mengenai Roberto Baggio.Itu di peringkat kelab, tapi di pentas Azzurri.?...ni lah ceritanya...


Roberto Baggio mula memasuki pentas Azzurri pada tahun 1988, kejohanan terbesar pertama Baggio adalah di Piala Dunia 1990 di Italy. Berusia 23 tahun, Roberto Baggio dianggap antara pemain muda skuad Azzurri ketika itu, Baggio menjaringkan 2 gol pada Italia 90' dan satu golnya ketika menentang Czechoslovakia diiktiraf antara salah satu gol tercantik sepanjang penganjuran Piala Dunia. Italy mendapat tempat ke-3 pada kejohanan itu dengan Baggio menjaringkan 1 gol ketika menentang England pada penentuan ke-3 dan ke-4.

Di USA 94', Baggio yang selaku Pemain Terbaik Dunia FIFA 1994 dan Pemain Terbaik Eropah 1994 memainkan peranan penting membawa skuad Azzurri ke Final untuk bertemu Brazil. Di peringkat kumpulan, Baggio tidak menjaringkan sebarang gol, tetapi ketika peringkat kalah mati bertemu Nigeria, Italy yang ketinggalan 0-1 ketika itu harus berterima kasih kepada Baggio apabila menjaringkan 2 gol untuk Azzurri ke Suku Akhir. Disuku akhir, Baggio menjaringkan gol untuk kemenangan 2-1 ketika bertemu Spain. Di Separuh akhir bertemu Bulgaria pula, Baggio Menjaringkan 2 gol untuk Azzurri seterusnya ke Final..Pada perlawanan akhir di Pasadena, ianya adalah perlawanan yang membosankan bagi Brazil dan Italy. Dengan masa sebenar dan masa tambahan telah tamat, keputusan perlawanan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.Untuk rekod, ini adalah perlawanan akhir pertama Piala Dunia yang pemenangnya ditentukan menerusi sepakan penalti.Baggio yang mengambil sepakan terakhir untuk Italy gagal menyudahkannya, sepakannya melambung tinggi..Baggio tertunduk..Arrigo Sacchi menyalahkan Baggio, satu keputusan yang pelik, bagi aku, kenapa tak salahkan Franco Baresi dan Daniele Massaro. Baggio berhadapan dengan nasibnya dengan hati yang waja dan sikap profesional.

Selepas Piala Dunia 94, Baggio berpindah ke AC Milan dan selepas menjuarai Serie A, Baggio berpindah selepas beberapa siri kekecewaan di Milan pada 1997 untuk ke Bologna. Di Bologna, Baggio menemui penebusan( memotong rambut ikat ekor kuda),Baggio menjaringkan 22 gol untuk musim pertamanya disana seterusnya membuka pintu untuk dirinya ke Piala Dunia 1998 di France.

Cesare Maldini yang ketika itu selaku Pengurus Italy membuat keputusan yang tepat dengan menyenaraikan Baggio didalam skuad. Italy ketika itu memilik barisan pengempur hadapan yang agak hebat seperti Christian Vieri, Alessandro Del Piero dan Filippo Inzaghi. Namun kehadiran Baggio yang sudah dianggap berusia ketika itu telah membayangi Del Piero. Baggio menjaringkan 2 gol diperingkat kumpulan tetapi yang paling diingati adalah ketika menentang Chile, Baggio berjaya mendapatkan penalti, Baggio dilihat tertunduk dan penuh emosi, tugas berat menantinya untuk menyudahkan penalti itu, kelihatan Enrico Chiesa memujuk Baggio yang sedang tertunduk, Dino Baggio menarik Chiesa supaya Baggio dapat menenangkan fikiran.Baggio mengambil sepakan penalti itu dan berjaya.( tu lah detik gembira dan sedih aku rasa masa tu, penuh emosi selepas apa yang berlaku pada 1994, aku pun rasa nak nangis masa Baggio dapat sudahkan penalti tu,maklum lah menghayati depan tv,masa tu RTM mik lagi siaran Piala Dunia, sesape yang terlepas detik tu, leh search kat you tube, 'Baggio Emotional Penalty' , sedih woooo....
Azzurri ke suku akhir kejohanan selepas menewaskan Norway 1-0 hasil jaringan Vieri di round of 16, di suku akhir, tuan rumah France menanti. Selepas perlawanan masa sebenar tamat, Italy sekali lagi terpaksa berhadapan dengan sepakan penalti bagi menentukan takdir mereka. Sepakan penalti pertama Italy diambil oleh Baggio, Baggio dengan tenang meletakkan bola dan bersedia untuk melakukan sepakan, seluruh stadium Staint Denis bergemuruh menyorak bagi memprovokasi Baggio, Baggio berjaya menyempurnakan sepakan penalti lantas memberikan isyarat senyap dan seluruh penyokong France terdiam. Azzurri tewas dalam penentuan itu kerana Demetrio Albertini dan Luigi Di Biagio gagal menyermpurnakan penalti. Pengurus Italy, Cesare Maldini secara terbuka meminta maaf kepada Baggio selepas perlawanan itu kerana memulakan Del Piero pada perlawanan itu ketika prestasi Baggio berada di kemuncak.


Baggio tidak terpilih dalam skuad Giovanni Trapattoni kerana beliau beranggapan Baggio masih belum pulih dari kecederaan pada ketika itu, tanpa Baggio di Korea & Japan, skuad Italy tersingkir pada tuan rumah di pusingan kedua kerana kekurangan semangat seperti yang di tunjukkan Baggio, juga tersingkir disebabkan pengadil.


Sepanjang kerjayannya, Baggio tidak pernah bermain dalam Kejohanan Eropah(EURO), ini kerana, pada 1992 italy tidak layak, 1996 pula Sacchi masih menyalahkan Baggio dan untuk EURO 2000 Dino Zoff tidak memanggil Baggio kerana beranggapan skuad Azzurri sudah cukup penyerang.


Kali terakhir Baggio menyarung jersi Azzurri adalah pada 28 April 2004 dalam perlawanan persahabatan menentang Spain. Perlawanan ini adalah persiapan skuad Azzurri untuk ke EURO 2004. Azzurri menang 2-1.
Baggio diberi penghormatan oleh Giovanni Trapattoni untuk menyarung jersi no.10 dan lilitan kapten Azzurri. Baggio dikeluarkan pada minit 88 dan seluruh stadium dengan seramai 80,000 penonton berdiri dan memberi penghormatan kepada lagenda Italy ini.


Antara kain rentang yang terdapat di stadium ialah "The world has appeciated you, Europe has admired you, Italy never has forgotten you",  "Baggio is the last ray of the sun", "Make a shocking Italy taking Roby to Portugal", "Italy without Baggio is Italy without bravery", "Trap, thanks for the idea, but we needed it in Korea" dan "I love Baggio as Romeo had loved Juliet". Itu adalah berapa mesej kain rentang yang ditulis oleh peminat, tiada satu ruang pun di stadium yang tidak ada kain rentang yang memuji Baggio, semua sudut penuh!! 


Di Tv pula, jumlah penonton adalah lebih 11.5 juta penonton dan itu adalah tertinggi berbanding Piala Dunia 2002 dan harus diingat kan, itu hanyalah perlawanan persahabatan !!!!


Kat sini adalah antara pencapaian Wira Sejati Azzurri ini.....



  • U-23 European Footballer of the Year: 1990
  • UEFA Cup Winners' Cup top scorer: 1990–91
  • European Footballer of the Year (Ballon d'Or/Golden Ball): 1993
  • FIFA World Player of the Year: 1993
  • Platinum Football award by TV Sorrisi and Canzoni: 1992
  • Onze D'Or by French Magazine 'Onze Mondial': 1993
  • FIFA World Cup Silver Ball: 1994
  • FIFA World Cup Silver Shoe: 1994
  • FIFA World Cup All-Star Team: 1994
  • Bravo award with Fiorentina: 1990
  • Golden Guerin with Vicenza: 1985
  • Golden Guerin with AC Milan: 1996
  • Golden Guerin with Brescia: 2001
  • Guerin d'Oro: 2001
  • Azzuri Team of The Century: 2000
  • FIFA Dream Team of All-Time: 2002
  • 'Most Loved Player' Award via Internet Polls: 2001
  • 'Most Loved Player' Award at the Italian Oscars: 2002
  • FIFA 100: 2004
  • World Soccer Awards 100 Greatest Players of the 20th Century #16
  • Giuseppe Prisco award: 2004
  • The Champions Promenade – Golden Foot 2003
  • Guerin's Sportivo 150 Grandi del Secolo
  • Placar's 100 Craques do Seculo
  • Planète Foot's 50 Meilleurs Joueurs du Monde
  • Italy All-time XI by Football Italia
  • Juventus All-time XI by Football Italia
  • Brescia All-time XI by Football Italia


Menjaringkan 318 gol dalam semua pertandingan, 76 gol dari 91 sepakan penalti(rekod terbaik dalam sejarah Italy), 9 gol dalam Piala Dunia 90,94,98. 

Kat sini aku nak petik kata-kata Roberto Baggio selepas beliau menjaringkan gol menerusi sepakan penalti ketika bertemu Chile pada Piala Dunia 1998...


"I Killed The Ghost Of 1994 When I Scored That Penalty"
"As for the penalty, I don't want to brag but I've only ever missed a couple of penalties in my career. And they were because the goalkeeper saved them not because I shot wide. That's just so you understand that there is no easy explanation for what happened at Pasadena. When I went up to the spot I was pretty lucid, as much as one can be in that kind of situation. I knew Taffarel always dived so I decided to shoot for the middle, about halfway up, so he couldn't get it with his feet. It was an intelligent decision because Taffarel did go to his left, and he would never have got to the shot I planned.

Unfortunately, and I don't know how, the ball went up three metres and flew over the crossbar. As for taking the penalty in the first place, I was knackered, but I was the team's penalty taker. I've never run away from my responsibilities. Only those who have the courage to take a penalty miss them. I failed that time. Period. And it affected me for years. It was the worst moment of my career. I still dream about it. If I could erase a moment from my career, it would be that one."


GRAZIE BAGGIO...

ALWAYS MY IDOL......

4 comments: