Tuesday 22 November 2011

Cara-Cara Nak Buat Gambar Dengan Kesan Watercolor

Salam, hari ni aku nak share sesuatu,hmm.. mesti ada yang perasan pada mana-mana software photo editor, contoh nya macam Adobe Photoshop, Photoscape, Picture Tool Edit, PhotoShine dan pelbagai lagi software edit gambar, mesti ada Filter Watercolor. Filter ni adalah untuk menjadikan gambar seperti dilukis dengan Watercolor.Hehehe....Tapi adakah bila kita guna Filter Watercolor tu, hasilnya akan memuaskan hati dan gambar nampak hidup..Kat sini aku tunjukkan contoh gambar yang normal,gambar guna Filter Watercolor dan yang di edit dgn cara lain sikit menggunakan Adobe Photoshop..

 1)
Original dari kamera


 2)
Di edit guna Filter Watercolor Photosop


3)
Edit dengan beberapa teknik Photoshop


 Antara gambar no.2 dan no.3 tu ianya dihasilkan mengunakan istilah yang sama, iaitu, Watercolor, tapi gambar no.3 mungkin lebih menarik.(kalau rasa menarik lah kan). Baiklah, aku pun tak nak merepek panjang, jadi mari kita lihat bagaimana nak hasilkan Watercolor macam dalam gambar no.3 tu....( aku pun bukan pandai sangat, miahahahah)..Semoga teknik ni dapat membantu anda...miahahaha...

Cara-caranya ialah ( ceh mcm memasak pulak)



1) Langkah 1
  • Mula-mula buka lah Adobe Photoshop, pilihlah gambar yang hendak dijadikan kesan watercolor.Kalau boleh, berilah nama pada gambar tu, macam aku, aku letak nama 'handfone'


2) Langkah 2
  • Copy layer 'handfone' atau tekan keyboard CTRL + J.Berilah nama baru pada layer yg dicopy td seperi 'handfone blur'
  • Lepas tu, pergi pada Filter, cari Blur, cari Smart Blur.
  • Setkan Radius = 10.0 dan Threshold = 30.0


3) Langkah 3
  • Copy Layer 'handfone blur', atau tekan CTRL + J, beri lah nama baru, aku bagi 'handfone glowing edge'.
  • Lepas tu pergi pada Filter, cari Stylize, dan cari Glowing Edge.
  • Setkan Edge Width = 1, Edge Brightness = 12 dan Smoothness = 15



4) Langkah 4
  • Tekan keyboard CTRL + i .
  • Selepas itu tekan keyboard balik CTRL + SHIFT + U 
  • Tukar Layer Blend Mode dari Normal kepada Multiply dan  Opacity ke 80%




5) Langkah 5
  • Pergi pada layer 'handfone blur', copy, atau tekan CTRL + J, dan beri lah nama baru, mcm aku, aku letak 'handfone brush'.
  • lepas tu tekan keyboard CTRL + i.
  • Lepas tu tukar layer blend mode dari normal kepada Color Dodge.


6) Langkah 6
  • Pergi pada Brush Tool,pilih dry brush (tengok kat gambar), ambil saiz 39, setkan opacity brush tu ke 10% sahaja.
  • Tukar kaler foreground kepada hitam (ni adalah kod kaler hitam tu,#000000)
  • Berus perlahan pada gambar, ikut stroke dia, mcm melukislah, pandai2 lah ya melukis, ikut sedap rasa, heheheh.
  • Hasil yg aku dapat lebih kurang cmni setelah aku berus kat gambar ni..aku gerenti korg boleh dapat lagi baik,miaahahah.



7) Langkah 7
  • Pergi pada layer asal, kalau layer asal aku, nama dia 'handfone', korg punya aku tak tau la.
  • Copy layer asal tu, atau tekan CTRL + J, bagi nama baru, kalau aku aku letak nama 'handfone 2'.
  • Letakkan layer 'handfone 2' paling atas sekali.
  • Lepas tu pergi pada Filter, cari Artistic, cari Watercolor.

  • Setkan brush Detail = 12, Shadow Intensity = 0 dan Texture = 3.


  • Tukar Layer Blend Mode, dari Normal kepada Luminosity dan Opacity 25%.


8) Langkah 8
  • Seterusnya pergi ke Layer, cari New Adjusment Layer dan pergi ke Level.

  • Dan adjust lah ikut kesesuaian anda..ni lah hasil bila diadjust...
    • Ni pula, hasil-hasil dari gambar yg lain.
    Air pancut dgn cahaya lampu malam

    Pokok duit-duit

    Aku, ketika rambut panjang dulu, miahahahahah, hahahaha













    0 comments:

    Post a Comment