Monday 24 October 2011

Respect : Alessandro Del Piero

Del Piero ketika remaja bersama Padova

Bagi peminat Serie A (liga Itali), aku tahu dan yakin, ramai dah dengar kontroversi di sana. Kontroversi mengenai apa? siapa?...dah tentulah tentang ALESSANDRO DEL PIERO, bintang, lagenda dan ikon Juventus sepanjang zaman...




Sebut saja nama Del Piero, aku pasti seluruh peminat bolasepak seluruh dunia, celah benua mana pun, tentu kenal, tahu, dan pernah tengok siapa Alessandro Del Piero.

Aku adalah peminat setia Azzurri(Italia), maknanya, kalau tak banyak tapi sikit2 tu aku tahulah perkembangan yang berlaku dan sejarah di Serie A Italia..

Minggu lepas, pada 18.10.2011, Presiden Kelab Juventus, Andrea Agnelli telah mengumumkan sesuatu yang mengejutkan ketika mesyuarat pemegang saham, Agnelli telah mengesahkan bahawa musim 2011-2012 adalah yang terakhir bagi Del Piero bersama jersi No.10 Hitam Putih Juventus..

Berita tu menimbulkan kekecohan dan rasa tidak senang bukan saja di Turin, tetapi diseluruh Italy, hinggakan mereka yang berpengaruh dalam bolasepak di Italy mengeluarkan kata2 cemuhan terhadap Juventus.

Jom tengok sikit2 tentang Del Piero..

Del Piero hadir di Juventus dari Padova ketika berumur 19 tahun pada tahun 1993. Memberikan segala-galanya untuk Juventus, sejarah telah membuktikan, siapa yang mampu membuatkan Roberto Baggio keluar dari Juventus? siapa yang telah memecah rekod penampilan paling banyak bersama jersi Juventus (memecahkan rekod Giampiero Boniperti)dengan lebih 445 penampilan, menjadi antara penjaring Juventus sepanjang zaman dengan lebih 200 Serie A gol, apa sahaja rekod di Juventus, semuanya dicapai oleh Del Piero..

Del Piero dianggap sebagai "Bandiera" iaitu ikon, atau lebih senang "Flag Bearer", susah nak bayangkan Juventus tanpa Del Piero, Juventus tidak lengkap tanpa Del Piero. Begitu lah kuatnya pengaruh Del Piero di dalam Juventus mahupun Serie A itu sendiri.

Ini adalah antara pencapaian Del Piero bersama Juventus:
Kejuaraan Serie A    :1994-95, 1996-97, 1997-98, 2001-02, 2002-03
Piala Super Itali    :1995, 1997, 2002, 2003 
Piala Itali          :1994, 1995
UEFA Champions League:1995-1996 
UEFA Champions League: Runner-Up: 1996-97, 1997-98, 2002-03
European Super Cup   : 1996 
Intercontinental Cup : 1996 
Intertoto Cup        : 1999 
UEFA Cup: Runner-Up  : 1995
FIFA World Cup 2006  : Winner
Euro 2000 Runner Up  : 2000

Senarai diatas ni adalah antara yang aku tahu..lihat lah, berapa banyak yang telah dilakukan oleh Del Piero ketika bersama Juventus.

Euro 1996
Di pentas antarabangsa pula, Del Piero mula memasuki pentas Azzurri pada tahun 1996 ketika berumur 22 tahun. Dengan jersi no.14 ketika menyarung jersi Azzurri masa itu, dengan standard tinggi yang diletakkan,Del Piero gagal menyinar di England bagi Euro'96.

Pada Piala Dunia 1998 di France, Del Piero menyarung jersi no.10 Italy, dianggap sebagai pengempur berbahaya ketika itu, dengan prospek yang tinggi dan harapan seluruh peminat Azzurri terhadap Del Piero berdasarkan prestasinya bersama Juventus ketika itu. Italy hnya mampu sampai ke suku akhir kejohanan, Del Piero juga dibayangi oleh Roberto Baggio yang sudah berusia ketika itu, tanpa menjaringkan sebarang gol, Del Piero dianggap gagal pada Worldcup 1998.

Worldcup 1998
Kemudian muncul pula Euro2000, Del Piero sekali lagi disenaraikan dengan menyarung jersi no.10 Azzurri, kali ini bergandingan bersama Francesco Totti yang prestasinya ketika itu mendapat jangkaan yang tinggi dari peminat Azzurri(termasuk aku yang teruja masa tu,ahahahah). Del Piero menjaringkan 1 gol ketika menentang Sweden, gol yang membawa Azzuri ke suku akhir seterusnya ke final bertemu France. Italy tewas 1-2 di masa tambahan, Del Piero dianggap punca kekalahan kerana gagal menyudahkan 2 peluang terbaik di depan gol.

Euro 2000
Worldcup 2002
Di Piala Dunia 2002, Del Piero menyarung jersi no.7 Azzurri.Del Piero menjaringkan gol penting ketika seri 1-1 bertemu Mexico seterusnya membawa Italy ke pusingan kedua bertemu tuan rumah bersama Korea. Ketika mendahului Korea dengan jaringan 1-0, Del Piero dikeluarkan pada minit ke-56, satu keputusan yang dianggap negatif oleh media Italy ketika itu, dan mengakibatkan Azzurri tewas dan tersingkir dari kejohanan.


Euro 2004
Di Euro2004 pula, Del Piero sekali lagi kecewa kerana Azzurri tersingkir di peringkat kumpulan lagi walaupun tidak tewas satu perlawanan pun. Pengkritik mengatakan bahawa ini adalah penampilan terakhir Del Piero di pentas antarabangsa ketika itu.
Worldcup 2006
Del Piero terpilih ke skuad Piala Dunia 2006 bersama Azzurri, beliau menjaringkan 1 gol ketika menewaskan Germany di separuh akhir dan menyempurnakan penalti ketika final bertemu France.Del Piero juga terpilih ke Euro 2008 bersama Azzurri, namun tewas 0-1 disuku akhir kepada Spain yang akhirnya menjadi juara.
Euro 2008
Sebut saja segala anugerah, semuanya telah diterima oleh Del Piero dalam kerjayanya sebagai pemain bolasepak. Del Piero dikenang sebagai seorang lelaki sejati dan setia, ini dibuktikan apabila Juventus dilucutkan ke Serie B, ketika semua bintang Juventus ketika itu berhijrah, Del Piero kekal di Juventus, bayangkan seorang pemain hebat sanggup berada di bawah demi kesetiaan kepada kelab dan kasih sayangnya terhadap jersi hitam putih nya itu...
Mengulas mengenai pengumuman persaraan Del Piero oleh Presiden Juventus itu, seluruh peminat lapangan ini berasa tindakan itu adalah tindakan bodoh dan tidak menghormati pergorbanan Del Piero.

Ya, aku sebagai peminat Del Piero juga berasa tindakan itu adalah tidak patut, terutamanya terhadap Del Piero, ikon dan lambang Juventus....

Ianya sepatutnya berakhir begini...Di sidang media yang suram,pada bulan 5,2012, suasana bilik media tersa sangat sedih, semuanya tidak kena, ditengah-tengah bilik itu, di meja itu, duduknya Presiden Kelab, Andrea Agnelli, Lagenda Juventus Giampiero Boniperti orang yang bertanggungjawab membawa Del piro ke Juventus dan 'Il Capitano' sendiri, Alessandro Del Piero. Del Piero dengan mata berkaca, suara yang serak kerana menahan kesedihan,mengumumkan kepada dunia,ini adalah perlawanan terakhir 'Pinturrichio' bersama La Vecchia Signora..

Tetapi...bukan itu yang berlaku, aku dan seluruh peminat Del Piero akui, Del Piero bukan lagi seperi 20 tahun lalu, tetapi itu juga bukan sebab untuk dia dilayan seperti ini, beliau adalah seorang lagenda sejati..Beliau lah Juvetini...Tetapi perlu diingatkan kepada semua, Del Piero belum bersara,Del Piero berkata jika dia bermain sekalipun, dia tidak akan mewakili kelab Italy lain selain Juventus......Namun, Ac Milan menawarkan Del Piero tempat, walau tidak selalu bermain, tetapi Milan menjanjikan penghormatan sepenuhnya berbanding Juventus kepada Alessandro Del Piero...



P/s :teringat masa umur 16 tahun dulu,tengok tv aksi lincah Del Piero mengkucar-kacir kan pertahanan lawan, senang je nampak dia mencelah masuk ke kawasan gol, pastu tengok masa Worldcup2002, betapa 'gila'nya penyokong tuan rumah Korea Selatan terhadap Del Piero, setiap kali beliau pegang bola, jeritan sokongan jelas kelihatan, bagi mereka, Del Piero adalah wira mereka, hari ini, setelah lebih 20 tahun, Del Piero masih berlari, masih dengan jersi hitam putih Juventus, masih kekal dengan jersi keramat no.10 Juventus........







2 comments: